Variasi Kata Soal "Mengapa" dalam Dialek Kedah: Satu Analisis Sintaksis1

Pengarang

Abstrak

Kajian dialek Melayu sebelum ini lebih menumpukan aspek sebutan dan leksikal. Kajian ini pula menumpukan aspek sintaksis, iaitu terhadap kata soal dalam dialek Melayu yang didapati menarik untuk dikaji. Kata soal digunakan bagi membina ayat soal dalam berbagaibagai penggunaan bahasa termasuk dialek. Kata soal dikatakan mempunyai dua kedudukan, iaitu pada awal atau pada akhir ayat. Justeru, satu tinjauan telah dilakukan melalui kajian lapangan di negeri Kedah yang diwakili sebuah kampung di bahagian timur, barat, utara dan selatan negeri Kedah. Berdasarkan tinjauan, kata soal mengapa dalam Dialek Kedah (DK) bukan sahaja mempunyai dua posisi seperti yang dinyatakan, malah turut mempunyai variasi leksikal dalam penggunaan kata soal mengapa seperti pasai pa, awat, buat pa, rokpa dan sebab pa. Makalah ini akan menghuraikan fenomena kata soal "mengapa" berdasarkan variasi leksikal yang dimiliki dialek ini melalui analisis sintaksis berpandukan kerangka Program Minimalis (Chomsky, 1995). Kajian ini menjelaskan fenomena yang berlaku dalam ayat soal DK berdasarkan faktor OP (Operator) dan VAR (Variabel) serta fenomena [± in situ] yang menyebabkan sesuatu kata soal itu in situ atau bergerak. Kajian mendapati bahawa Minimalis boleh "melihat" adjung. Penemuan ini bertentangan daripada pendapat Chomsky.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2011-06-01