Penguasaan Tatabahasa Remaja Malaysia: Analisis Pragmatik

Pengarang

Abstrak

Kajian penguasaan pragmatik ini melibatkan kira-kira 300 remaja yang merupakan pelajar tingkatan empat di Semenanjung Malaysia yang dipilih secara rawak mengikut zon, iaitu zon tengah (Negeri Sembilan), zon timur (Kelantan) dan zon utara (Kedah). Pelajar tersebut dikehendaki menjawab soalan soal selidik dan menduduki ujian bertulis yang telah disediakan. Aspek yang difokuskan dalam kajian ini ialah tatabahasa. Dalam bahagian ini, pengkaji akan menumpukan kepada dua bahagian, iaitu kemahiran membina ayat menggunakan kata "bermuka-muka" dan "terkemuka", dan kemahiran mengaplikasi peribahasa "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". Hasil kajian menunjukkan bahawa remaja Malaysia masih lemah dalam menguasai soalan yang memerlukan maklumat pragmatik. Secara keseluruhannya, tahap penguasaan pragmatik remaja Malaysia masih pada tahap kurang memuaskan (memperoleh peratusan) betul antara 50-69 peratus bagi "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul", "bermuka-muka" dan "terkemuka".

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2011-06-01