Representasi Sintaksis Operator Bahasa Melayu Berdasarkan Pendekatan Tatabahasa Peranan dan Rujukan
Abstrak
Makalah ini meneliti bentuk dan peranan operator bahasa Melayu dari aspek sintaksis. Aspek sintaksis operator bahasa Melayu diteliti berdasarkan kerangka teori Tatabahasa Peranan dan Rujukan (TPR). Makalah ini menggunakan kata tugas yang disenaraikan dalam buku Tatabahasa Dewan sebagai asas analisis operator bahasa Melayu. Kajian ini menyenaraikan tujuh jenis operator dalam bahasa Melayu, iaitu aspek, status, modaliti, arah, penafian, pembuktian dan ilokusionari. Setiap operator ini mempunyai peranannya dalam Struktur Berlapisan Klausa (SBK), iaitu operator aspek, penafian dan arah mengubah suai ayat pada peringat nukleus; operator modaliti pula mengubah suai peringkat inti, dan akhir sekali operator status, bukti dan ilokusionari pula mengubah suai ayat pada peringkat klausa. Dengan menggunakan kerangka TPR, kajian ini menunjukkan satu cara alternatif untuk menjelaskan bentuk dan peranan operator bahasa Melayu.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
