Mengurus Wacana dan Kepimpinan: Analisis Ucapan Sulung Perdana Menteri Malaysia Keenam

Pengarang

  • Idris Aman Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Makalah ini meneliti bagaimana Najib bangkit dan bertindak bagi keperluan politiknya melalui wacana sulungnya selepas dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2009. Analisis menjurus kepada cara serta sebab bahasa diuruskan dalam wacana sulungnya dan dalam masa yang sama menjelaskan cara bahasa berfungsi dalam proses memimpin, atau dalam istilah Najib, "menakhoda" negara serta memperkukuh kedudukan. Sebagai satu analisis wacana, struktur generik, daya ujaran, penyebaran dan penggunaan; dan pengenalpastian fitur teks wacana, seperti pengleksikalan, nahu, dan jenis tema. Disimpulkan bahawa selaku pemimpin yang baharu dilantik, pewacanaan kepimpinannya itu adalah sengaja, kena masa, tulen, dan siap sedia dalam menakhoda negara dan dengan sebab itulah ucapan sulungnya dihasilkan dan diuruskan dengan baik.

Kata kunci: bahasa, analisis wacana, kepimpinan, kewacanaan, tekstual, kehidupan sosial

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2011-12-02