Komunikasi Verbal antara Jururawat dengan Pesakit di Unit Rawatan Intensif
Abstrak
Kajian ini meneliti komunikasi jururawat dengan kumpulan pesakit yang tidak sedarkan diri dan yang disedasikan di Unit Rawatan Intensif (URI). Secara spesifik, kajian ini bertujuan melihat kandungan komunikasi verbal jururawat-pesakit dan juga untuk mengukur tempoh masa komunikasi yang diambil oleh jururawat semasa memberikan jagaan perawatan kepada kumpulan pesakit tersebut. Kajian deskriptif ini melibatkan 20 jururawat yang dipilih secara rawak sistematik di sebuah Unit Rawatan Intensif (URI). Data diperoleh dengan merakamkan komunikasi jururawat-pesakit semasa memberikan jagaan perawatan. Data demografi jururawat pula diperoleh melalui rujukan rekod peribadi dan temu bual secara individu. Data dianalisis secara manual yang membabitkan statistik deskriptif dan analisis kandungan komunikasi yang berlaku. Kajian ini memberikan gambaran tentang kepentingan komunikasi antara jururawat dengan pesakit yang tidak sedarkan diri atau disedasikan dalam proses pemulihan fizikal, mental dan psikologi pesakit.
Kata kunci: bahasa pesakit, gangguan komunikasi, komunikasi jururawat-pesakit, tempoh masa komunikasi
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
