Kata Tanya Mana dalam Dialek Pulau Pinang dalam Program Minimalis

Pengarang

Abstrak

Makalah ini membincangkan kata tanya mana dalam dialek Pulau Pinang menggunakan pendekatan kerangka Program Minimalis. Data yang dianalisis dalam makalah ini diambil daripada kajian lapangan yang dilakukan di kawasan negeri Pulau Pinang. Data tersebut diperoleh dengan cara merakamkan perbualan responden yang menuturkan dialek Pulau Pinang. Dua kaedah kajian digunakan, iaitu kaedah pustaka dan kaedah lapangan. Kaedah pustaka digunakan untuk mengumpulkan maklumat yang berkaitan kata tanya dan kaedah lapangan untuk mendapatkan data di kawasan lapangan. Kawasan kajian meliputi semua daerah yang terdapat di sempadan politik negeri Pulau Pinang. Data yang telah dikumpulkan itu dicerakinkan dan dianalisis menggunakan Program Minimalis. Kata tanya yang bersifat in-situ ataupun bergerak dikaitkan dengan fitur yang dimiliki kata tanya mana itu sendiri dan juga fitur OP yang menghalang pergerakannya. Hasilnya, kata tanya mana dalam DPP tidak bersifat in-situ tetapi bergerak.

Kata kunci: kata tanya, mana, Program Minimalis, dialek Pulau Pinang

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2012-06-01