Analisis Wacana Kritis dalam Program Televisyen Raja Lawak dan Implikasinya terhadap Psikososial Audiens di Malaysia

Pengarang

  • HASURIA Che Omar Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Abstrak

Makalah ini mengkaji wacana dalam Siri Raja Lawak yang telah ditayangkan oleh ASTRO televisyen Malaysia sekitar awal tahun 2008. Penggunaan analisis wacana kritis dalam linguistik terapan membuka ruang pembangunan pendekatan yang berbeza-beza dalam memahami mesej dalam media. Menerusi gabungan pendekatan analisis wacana kritis oleh Kress, Kaplan, Fairclough dan Van Dijk digunakan untuk meneliti wacana dalam latar media dan komunikasi. Makalah ini cuba menghubungkan struktur multidimensi wacana yang dapat menghasilkan implikasi khusus terhadap pembangunan minda audiens di Malaysia dalam konteks 50 tahun selepas merdeka. Dua metodologi digunakan dalam analisis kualitatif kajian media televisyen yang khusus ini, iaitu pemerhatian sendiri penulis dan analisis dokumen atau tekstual yang dikutip daripada pengungkapan verbal dan bukan verbal serta bentuk penyampaian oleh Nabil, yang berfungsi sebagai subjek kajian.

Kata kunci: humor satira, pembangunan psikososial, analisis wacana kritis, wacana multidimensi, audiovisual

Biografi Pengarang

  • HASURIA Che Omar, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Translation and Interpreting Section,

    School of Humanities, Universiti Sains Malaysia

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2012-06-01