Isu Urutan Dua Vokal di Sempadan Awalan: Satu Penjelasan Analisis Spektrografik
Abstrak
Makalah ini meneliti isu urutan dua vokal yang sering diperkatakan dalam kalangan sarjana linguistik di negara ini. Pelbagai pendapat tentang kehadiran bunyi hentian glotis terutamanya pada posisi sempadan awalan. Sesetengah sarjana mengatakan bunyi hentian glotis hadir manakala sesetengah yang lain pula mengatakan bunyi urutan vokal tersebut digeluncurkan menjadi bunyi geluncuran. Oleh itu, kajian ini mengambil kira kaedah analisis spektrografik bagi menyelesaikan masalah ini, iaitu mengenal pasti ciri akustik yang hadir pada posisi tersebut. Beberapa sampel bunyi ujaran yang mewakili kata terpilih dirakamkan daripada 32 orang penutur muda dan dewasa Melayu yang berbeza jantina. Rakaman pertuturan kemudiannya divisualkan dalam bentuk spektrogram dan dianalisis secara spektrografik. Hasil kajian menemukan ciri akustik bunyi hentian glotis hadir hanya pada data penutur dewasa manakala ciri akustik bunyi geluncuran didapati hadir pada data penutur muda. Kajian ini mendapati kepelbagaian ciri akustik yang ada mempunyai kaitan dengan latar penutur yang berbeza jantina dan umur.
Kata kunci: awalan, spektrogram, analisis spektrografik, akustik
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
