Keberkesanan Cerpen dalam Mempertingkatkan Prestasi Penulisan Karangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid

Pengarang

Abstrak

Kajian ini menganalisis keberkesanan penggunaan teks komsas terhadap prestasi penulisan karangan 64 orang murid tingkatan dua berpencapaian sederhana. Kajian berbentuk eksperimental ini dijalankan untuk membandingkan keberkesanan menggunakan teks komsas dengan kaedah pengajaran konvensional dalam pengajaran penulisan karangan. Kedua-dua kumpulan telah diberikan dua ujian, iaitu praujian dan pascaujian untuk membandingkan prestasi penulisan karangan dalam aspek karangan keseluruhan, aspek pengembangan isi karangan dan aspek penggunaan jenis ayat. Dapatan kajian daripada praujian dan pascaujian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran penulisan karangan menggunakan teks komsas terbukti lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran konvensional terhadap prestasi penulisan karangan murid.

Kata kunci: Pengajaran Penulisan; Prestasi Penulisan Karangan; Teks Komsas; Murid Sekolah Menengah; Guru Sekolah Menengah

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2013-06-01