Kajian Perbandingan Darjah Transitiviti Awalan Ber- Dan Per- Dalam Bahasa Melayu
Abstrak
Kajian korpus berkomputer ini melibatkan dua imbuhan penting dalam bahasa Melayu, iaitu imbuhan ber- dan imbuhan per-. Penulis telah memilih secara rawak 20 ayat yang terkandung di dalamnya kata terbitan dengan imbuhan ber- dan 20 ayat dengan kata terbitan imbuhan per-. Kosa kata dasar bagi setiap 20 pasang ayat dengan per- dan ber- tersebut adalah sama. Objektif penting kajian ini ialah untuk menentukan tinggi atau rendah ketransitifan klausa yang hadir dalam tatabahasa dan wacana bahasa. Secara spesifiknya yang diteliti ialah kadar darjah transitiviti dua kumpulan ayat yang tersebut. Satu kumpulan mengandungi kata terbitan dengan imbuhan ber- manakala satu kumpulan lagi dengan kata terbitan imbuhan per-. 20 pasang ayat per- dan ber- dibandingkan bagi melihat darjah transitivitinya. Untuk tujuan ini, teori Hipotesis Transitiviti oleh Hopper & Thompson (1980) telah digunakan. Darjah transitiviti ini diukur dengan berpandukan 10 komponen yang ada dalam teori tersebut. Secara tidak langsung penulis telah dapat menjawab persoalan tentang imbuhan yang manakah lebih tinggi darjah transitivitinya, imbuhan ber- atau imbuhan per-.
Kata kunci: perbandingan, awalan per-, awalan ber-, darjah transitiviti, hipotesis transitiviti
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
