Bahasa Figuratif sebagai Wahana Pemikiran: Satu Analisis Pragmatik
Abstrak
Ucapan merupakan pentas bagi seseorang pemimpin mengemukakan dasar pemikirannya. Pemikirannya pula sebahagiannya akan menjadi dasar negara. Sebelum menyelami pemikiran penutur, makna sebenar yang disampaikan melalui ucapan itu haruslah diketahui pendengarnya. Kajian ini menyelami pemikiran Tunku Abdul Rahman melalui ujaran implisit yang digunakan dalam ucapan awam. Kajian ini merupakan kajian data korpus. Penelitian dilakukan terhadap ujaran yang mengandungi unsur implisit (bahasa figuratif) secara lebih khusus untuk mendapatkan makna. Kajian ini menggunakan pendekatan pragmatik yang memanfaatkan Teori Relevans (TR) yang digagaskan oleh Sperber dan Wilson. Teori ini menekankan peranan kognitif, iaitu melibatkan konteks, kesan konteks (kognitif) dan usaha memproses. Hasil kajian mendapati bahawa Tunku menggunakan ujaran implisit untuk membawa pemikiran sosiopolitik beliau khususnya tentang penjajahan dan kemerdekaan.
Kata Kunci: pemikiran sosiopolitik, konteks, usaha memproses, pragmatik.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
