Implikatur dalam Kes Pembunuhan Noritta: Analisis Teori Relevans

Pengarang

  • AMIRAH AHMAD AKADEMI PENGAJIAN BAHASA, UiTM SHAH ALAM
  • Nor Hashimah Jalaluddin Universiti Kebangsaan Malaysia image/svg+xml

Abstrak

Semantik ialah kajian mengenai makna. Pragmatik merupakan ilmu pelengkap semantik kerana pragmatik merupakan ilmu yang mentafsirkan makna melangkaui makna harfiah. Pragmatik sangat mementingkan konteks dan berguna dalam menginterpretasikan ujaran. Teori Relevans yang menggabungkan komunikasi dan kognisi sesuai digunakan dalam memahami prosiding dan perbicaraan mahkamah terutama jika melibatkan ujaran implikatur. Meskipun mahkamah menetapkan hanya kebenaran dan makna yang jelas sahaja yang boleh diguna pakai bagi mengelakkan keraguan, namun wujud juga ujaran implisit yang perlu dicungkil daripada sesi soal jawab tersebut. Makalah ini membincangkan kes perbicaraan Hanif Basri yang dituduh membunuh Noritta. Ternyata peguam defendan berjaya menimbulkan keraguan terhadap kes ini sehingga tertuduh (Hanif) terlepas daripada hukuman mati. Teori Relevans diaplikasikan dalam kajian ini dan membuktikan bahawa ujaran yang bermanifestasi sangat penting bagi mengelakkan sebarang keraguan yang boleh memberikan kesan pada kes perbicaraan sepenuhnya.

Kata kunci: implikatur, perbicaraan, harfiah, keraguan, manifestasi

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2013-06-01