Penanda Wacana dalam Teks Melayu Lama Berunsur Sejarah

Pengarang

Abstrak

Makalah ini bertujuan untuk mencungkil pelbagai bentuk dan fungsi penanda wacana dalam teks Melayu, yang ditulis pada awal abad ke-20. Teks kajian ini, Hikayat Johor serta Pahang telah dikarang oleh Mejar Dato Haji Mohd. Said Sulaiman. Kajian ini mengaplikasi model kohesi yang pernah dicadangkan oleh Halliday dan Hasan (1995). Menurut Halliday dan Hasan, kohesi terdiri daripada dua kategori utama: gramatikal (rujukan, elipsis, penggantian, penghubung) dan leksikal. Dalam model ini, penghubung (penanda wacana) termasuk dalam kategori gramatikal. Hasil kajian mendapati penanda wacana dalam teks kajian ini berfungsi sebagai pemula peristiwa dan penyambung peristiwa. Pemula peristiwa ditandai oleh dua unsur penghubung, iaitu sebermula dan al-kisah. Penyambung peristiwa pula ditandai oleh tiga jenis penghubung, iaitu penambahan, sebab dan waktu. Penghubung waktu yang terbanyak ditemui dalam teks kajian ialah maka, maka apakala dan apakala. Penghubung penambahan menjadi yang kedua tertinggi dalam teks dan dan bahawa. Penghubung sebab, yang paling sedikit digunakan, iaitu oleh itu, dalam hal itu, dalam antara itu. Kajian ini juga mendapati bahawa pola penggunaan penanda wacana dalam teks kajian ini menyamai teks Melayu lama yang lain, yang dihasilkan pada abad ke18 dan 20. Kajian ini telah mengenal pasti kewujudan gaya bahasa Melayu moden dalam teks kajian, melalui penggunaan penanda wacana yang tertentu seperti dan dan oleh itu.

Biografi Pengarang

  • Mohammad Fadzeli Jaafar, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik Fakulti Sains Sosial

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2013-12-02