Analisis Fonologi Autosegmental dalam Proses Penyebaran Fitur Geluncuran Dialek Melayu Saribas

Pengarang

Abstrak

Kajian ini menganalisis dan menghuraikan penyebaran fitur dalam fonologi dialek Melayu Saribas (DMSbs) dengan mengkhususkan pembentukan geluncuran pada urutan vokal dan kata yang dihadiri oleh konsonan likuida /l, r/ dan konsonan nasal velar /ŋ/ di akhir kata dengan memberikan penjelasan secara teoretis berlandaskan teori autosegmental (Goldsmith, 1976, 1990). Data DMSbs memperlihatkan bahawa proses penyebaran fitur antara segmen dengan segmen bersebelahan dengan mengambil fitur daripada segmen berdekatan supaya menyerupai segmen tersebut. Setiap segmen memiliki titik artikulasi dan fitur distingtif tersendiri yang boleh tersebar kepada penggalan bersebelahan dan menyebabkan segmen bersebelahan berkongsi titik artikulasi yang sama. Proses pembentukan geluncuran dalam DMSbs berlaku selepas proses penyisipan vokal rendah [a] secara default apabila vokal tinggi /i/ dan /u/ mendahului konsonan likuida dan konsonan nasal velar /ŋ/ di akhir kata yang menghasilkan pembentukan urutan vokal, seterusnya mencetuskan proses penyebaran geluncuran daripada vokal tinggi. Proses penyebaran fitur ini menggambarkan kecenderungan segmen untuk menguasai segmen bersebelahan dengan menyebarkan fiturnya dan membentuk segmen yang mempunyai identiti yang serupa dengannya.

Kata kunci: penyebaran fitur, autosegmental, urutan vokal, geluncuran

Biografi Pengarang

  • Noor Azureen Hamid, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.

  • Tajul Aripin Kassin, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Pengajian Ilmu Sains Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2013-12-02