Masalah Komunikasi Lisan dalam Kalangan Pesakit Neuro di Kelantan

(Oral Communication Problems among Neurological Patients in Kelantan)

Pengarang

  • Che Rabiaah Mohamed Universiti Sains Malaysia image/svg+xml
  • Abdullah Yusoff Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Kata kunci:

pertuturan, komunikasi lisan, kecacatan komunikasi, pesakit neuro, afasia

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah berbahasa dan kesukaran yang dihadapi oleh pesakit neuro semasa berkomunikasi lisan. Kajian ini berasaskan kerangka teori "Model Komunikasi Lasswell" dan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Data bahasa dengan komunikasi dikumpulkan berdasarkan interaksi antara penyelidik dan 12 orang pesakit neuro yang boleh berkomunikasi dua hala menggunakan soal selidik separa berstruktur. Interaksi lisan tersebut dirakamkan dan ditranskripsikan secara verbatim, serta dianalisis berdasarkan tema. Dapatan kajian menunjukkan enam daripada 12 orang pesakit neuro dalam kajian mengalami masalah dan kesukaran dalam komunikasi lisan. Daripada enam orang yang mengalami masalah dan kesukaran komunikasi lisan, seorang mengalami ketidaklancaran bertutur, dua orang mengalami ketidakmampuan memproduksikan ujaran, seorang mengalami kesukaran penyebutan dan dua orang tidak berkemampuan bercerita mengikut urutan peristiwa. Kajian juga mendapati banyak faktor yang menyebabkan kesukaran bahasa dan pertuturan dalam kalangan pesakit neuro seperti menghidap penyakit di otak, kecederaan kepala dan kecacatan artikulasi pertuturan. Dapatan kajian ini penting untuk memberikan kesedaran kepada pesakit, keluarga pesakit, kakitangan kesihatan dan orang awam tentang masalah komunikasi yang dihadapi oleh pesakit neuro supaya strategi intervensi yang sesuai dapat dilaksanakan.

Kata kunci: pertuturan, komunikasi lisan, kecacatan komunikasi, pesakit neuro, afasia

Biografi Pengarang

  • Che Rabiaah Mohamed, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Pengajian Sains Kesihatan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-01-26