Penukaran Kod dalam Prosiding Perbicaraan Kes Sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

(Code-Switching in Proceedings of Civil Cases at Kuala Lumpur High Court)

Pengarang

Kata kunci:

bahasa Melayu, linguistik, sosiolinguistik

Abstrak

Kajian ini memfokuskan fenomena komunikasi penukaran kod yang berlaku dalam perbicaraan kes sivil di mahkamah. Kajian ini mengguna pakai data yang diambil melalui rakaman video prosiding perbicaraan kes sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Analisis data berpandukan analisis dan huraian penukaran kod berdasarkan Teo Kok Seng (1996) dan Wong Khek Seng (1991). Kajian ini difokuskan pada komunikasi penukaran kod mengikut tahap, iaitu tahap ayat sisipan, intraayat dan interayat. Rumusan daripada kajian ini didapati ketiga-tiga penukaran kod berlaku pada tahap ayat. Jenisnya ialah penukaran kod situasi. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penukaran kod, sama ada secara sedar ataupun tanpa sedar.

Kata kunci: penukaran kod, kes sivil, mahkamah, perbicaraan, bahasa Melayu

Biografi Pengarang

  • Maslida Yusof, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Pusat Penyelidikan Bitara Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
  • Hazlin Mohamed, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Pusat Penyelidikan Bitara Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
  • Ajid Che Kob, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Pusat Penyelidikan Bitara Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2017-02-08