Perilaku Fonologi Vokal Schwa dalam Dialek Minangkabau di Semenanjung Malaysia

(The Phonological Behaviours of Schwa in the Minangkabau Dialect in Peninsular Malaysia)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb21(1)no1

Abstrak

Perubahan segmen menjadi satu segmen yang lain ialah fenomena yang lazim berlaku dalam sesebuah dialek ataupun bahasa. Namun begitu, perubahan kepada beberapa segmen yang lain merupakan fenomena fonologi yang tidak lazim berlaku dan hanya segelintir kajian yang membincangkannya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perilaku fonologi vokal tengah schwa dalam dialek Minangkabau di Semenanjung Malaysia yang berubah kepada beberapa segmen yang lain dan menjelaskan setiap perilaku fonologi tersebut menggunakan analisis fitur dalam teori Transformasi Generatif yang diperkenalkan oleh Chomsky dan Halle (1968). Data dialek Minangkabau dalam kajian ini diperoleh daripada kajian lepas oleh Asmah et al. (2013) dan Ernawati (2019) yang diambil di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang. Sejumlah 219 perkataan yang mempamerkan perilaku vokal schwa telah diambil untuk tujuan analisis, iaitu 211 perkataan daripada Asmah et al. (2013) dan lapan perkataan daripada Ernawati (2019). Hasil kajian menunjukkan terdapat empat perilaku fonologi vokal schwa dalam dialek Minangkabau, iaitu (1) perubahan schwa kepada vokal [a], (2) perubahan schwa kepada vokal [ɔ], (3) pengekalan vokal schwa di output, dan (4) pengguguran schwa dan segmen yang mengikutinya.

Kata kunci: schwa, dialek Minangkabau, fonologi, fitur distingtif, Teori Transformasi Generatif

Pautan: PDF

Biografi Pengarang

  • Mohd Syukri Anwar, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Dewan Bahasa dan Pustaka

    Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
  • Sharifah Raihan Syed Jaafar, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2021-05-31