Sudut Pandangan dalam Cereka Melayu
(Point of View in Malay Fiction)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb21(1)no2Abstrak
Sudut pandangan merupakan salah satu cara yang digunakan oleh pengarang untuk menggambarkan sesuatu yang sedang didengar atau diilihat oleh watak dalam sesebuah cereka. Lazimnya sudut pandangan dipersembahkan dalam bentuk ganti nama dan modaliti. Kajian ini meneliti penggunaan kedua-dua penanda bahasa tersebut dalam cereka Melayu. Aspek ganti nama dianalisis dari sudut subjektiviti dan objektiviti. Aspek modaliti pula dibincangkan dari segi bentuk dan maknanya dalam teks. Hal ini kerana keterbatasan pengetahuan pengarang dapat diukur melalui kehadiran ganti nama dan modaliti. Untuk tujuan tersebut, kajian ini mengkaji sejumlah cebisan karya berbahasa Melayu untuk mengetahui strategi penggunaan ganti nama dan modaliti. Untuk mengenal pasti kategori dan makna modaliti, kajian ini menggunakan kerangka modaliti yang dicadangkan oleh Halliday (1994). Hasil kajian mendapati sudut pandang ketiga bertujuan untuk menggambarkan pengetahuan serba tahu pengarang, sementara sudut pandang pertama memperlihatkan pengetahuan yang terbatas. Penggunaan modaliti dalam teks sastera Melayu pula sangat bervariasi. Contohnya barangkali, mungkin dan boleh jadi berfungsi untuk menggambarkan keterbatasan pengetahuan pengarang. Kata dapat dan sudah pula memperlihatkan pengetahuan serba tahu pengarang. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa darjah kebenaran sesuatu proposisi berbeza-beza, iaitu bergantung pada kategori modaliti.
Kata kunci: Ganti nama, modaliti, sudut pandangan, subjektiviti, objektiviti
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
