Dialek Pasir Raja: Ciri Fonologi dan Pengelompokan
(Pasir Raja Dialect: Phonological Features and Classification)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb20(2)no1Abstrak
Artikel ini membincangkan dialek Melayu yang dituturkan di Mukim Pasir Raja. dari perspektif linguistik rakyat, dialek di kawasan ini dipersepsikan sebagai berbeza dengan dialek Melayu terengganu di kawasan kuala dan pesisir pantai. Perbezaan yang dipersepsikan wujud ini, jika dicerap menurut sudut pandang dialektologi diakronik menimbulkan persoalan yang perlu ditangani, iaitu: (i) ciri fonologi dialek di Pasir Raja yang menjadikannya berbeza dengan dialek Melayu lain dan (ii) hubungannya dengan dialek-dialek berkenaan. bagi menjawab persoalan ini, aktiviti yang dilaksanakan adalah dengan mengumpul lebih 600 item daftar kata dan rakaman perbualan sebagai korpus data. berasaskan pendekatan dialektologi diakronik, artikel ini memerikan beberapa ciri fonologi, dan membandingkannya dengan bahasa Malayik purba. ciri fonologi dialek Pasir Raja turut dibandingkan dengan dialek di kawasan kuala dan pesisir pantai termasuk beberapa dialek Melayu lain. Perbandingan fonologi adalah bagi tujuan pengelompokan. beberapa ciri fonologi dialek Pasir Raja menunjukkan dialek ini masih lagi terangkum di bawah cabang dialek Melayu hulu Semenanjung timur. Selain fakta linguistik, hubungan yang akrab ini dapat juga dijelaskan menerusi bukti sejarah dan sosiologi. implikasi penemuan artikel ini yang penting ialah adanya dialek baharu dalam cabang dialek Semenanjung timur.
Kata kunci: dialektologi, dialek hulu Semenanjung timur, bahasa Malayik purba, inovasi dan retensi, pengelompokan
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
