Hipotesis Pengimbuhan me(N)- dan menge- dalam Bahasa Melayu Standard

(Hypotheses on the affixation processes of me(N)- and menge- of Standard Malay)

Pengarang

  • Sato Rahmat Hirobumi Krungthep, Thailand
  • Jamian Mohamad Universiti Malaya image/svg+xml

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb20(2)no3

Abstrak

Kajian ini memfokuskan selok-belok pertembungan awalan me(N)- dan pe(N)- dengan kata dasar dalam bahasa Melayu standard. Sesetengah pengkaji menggunakan idea "pilihan yang sedia ada", dan sesetengah pengkaji aliran generatif pula menggunakan idea "rumus generatif" untuk menetapkan bentuk meng- {məN-} dan peng- {pəN-} sebagai morfem dasar. Kedua-dua idea tersebut, pada hakikatnya, tidak lari daripada aturan asimilasi daerah artikulasi di sempadan dua morfem. Namun begitu, proses pertembungan dua morfem itu sebenarnya belum diperjelas dari segi fisiologi. Fenomena pertembungan dua morfem diperhatikan sejak abad ke-19 tetapi butir proses pertembungannya tidak diteliti secara saintifik. Rumus generatif yang digunakan ternyata tidak tepat dari segi eksperimen fizik. Artikel ini mengemukakan satu hipotesis terhadap proses kelahiran bentuk variasi awalan yang berkenaan pada mulanya dari segi fisiologi dan fonetik akustik berkomputer. Pada peringkat kedua, satu lagi bentuk awalan menge-, penge- atau apitannya menge-/-kan, penge-/-an dihipotesiskan sebagai bentuk bahasa Melayu yang baharu yang terpengaruh oleh awalan bahasa Sunda nge(N)-.

Kata kunci: asimilasi daerah artikulasi, bahasa Sunda, pertembungan dua morfem, pilihan yang sedia ada, rumus generatif, sifat vokal semu.

Biografi Pengarang

  • Sato Rahmat Hirobumi, Krungthep, Thailand
    Fakulti bahasa dan linguistik, universiti Malaya, Malaysia. Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial, Universti Yala Rajabhat, Thailand
  • Jamian Mohamad, Universiti Malaya

    Fakulti bahasa dan linguistik

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-12-04