Makna Ujaran Implisit dalam Vlog Mat Luthfi: Analisis Teori Relevans
(The Meaning of Implicit Utterance in Mat Luthfi's Vlog: Relevance Theory Analysis)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb20(2)no2Abstrak
Kajian ini melihat tiga gagasan Teori Relevans (TR) yang dikemukakan oleh Sperber dan Wilson yang memfokuskan kerelevanan sesebuah ujaran, iaitu konteks, kesan konteks (kognitif) dan usaha memproses. Pengkaji telah memilih vlog Mat Luthfi untuk meneliti dan mendalami gagasan tersebut sebagai landasan kajian ini. Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif dalam penganalisisan data. Data kajian merupakan dialog yang berbaur unsur implisit yang diujarkan oleh karakter dalam beberapa video Mat Luthfi. Data yang telah dikenal pasti akan melalui proses transkripsi dan seterusnya dianalisis berdasarkan TR. Kajian ini turut menggunakan kaedah kepustakaan untuk menerokai dengan lebih lanjut tentang ujaran implisit dan TR. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat sepuluh ujaran dalam vlog mengandungi unsur implisit. Ujaran yang mengandungi unsur implisit menunjukkan bahawa penutur mempunyai mesej tertentu yang ingin disampaikan kepada pendengar. Kajian ini menjelaskan bahawa ujaran yang diperkatakan oleh masyarakat Melayu boleh membawa pelbagai maksud dan bukan sekadar makna literal sekiranya difahami dan ditafsir dengan betul ujaran yang diperkatakan tersebut. Maka, pentafsiran makna sesebuah ujaran itu menjadi lebih mudah diinterpretasi dengan kehadiran TR.
Kata kunci: Vlog Melayu, Teori Relevans, Pragmatik, Unsur Implisit, Interpretasi
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
