Representasi Argumen Gerak Ruang Bahasa Melayu Berdasarkan Teori Struktur Konseptual
(Representation of the Spatial Motion in the Malay language Based on the Conceptual Structure Theory)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb20(2)no7Abstrak
Gerak difahami sebagai perubahan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Oleh itu kajian ini tertumpu pada gerak ruang yang terdiri daripada gerak bersifat arah, gerak bersifat tambah, gerak bersifat menjadi dan gerak bersifat kausatif. Data yang digunakan dalam kajian ini diambil daripada Pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia sebagai bahan dan contoh kajian. Penganalisisan data menggunakan Teori Struktur Konseptual (TSK) oleh Jackendoff (1997 & 2011). Pemetaan argumen ini merangkumi tiga tatatingkat utama, iaitu pemetaan kepada representasi struktur konseptual, pemetaan kepada rajah pohon struktur konseptual dan pemetaan kepada peranan tematik. Hasil dapatan menunjukkan, kehadiran gerak ruang hadir dalam fungsi [Peristiwa] dan [Keadaan] yang membawa rumus asas [[[GERAK [ x [Peristiwa] [Benda] [Hala] [Tempat]]]. Hasil dapatan menunjukkan leksikal balik, berlari, tinggal, terletak, berada, bunuh, paksa, benar dan tolong mempunyai pemetaan representasi argumen yang tersendiri yang melibatkan konstituen seperti [Peristiwa],[Keadaan],[Benda] [Hala][Tempat] [Peristiwa SEBAB], [Peristiwa TIDAK], [Peristiwa BENAR] dan [Peristiwa TOLONG]. Bagi peringkat pemetaan dalam peranan tematik, item yang terlibat ialah peranan kepada Aktor, Tema, Matlamat, Sumber, Agen dan Penerima (-). Sehubungan dengan itu, kajian ini menunjukkan representasi struktur konseptual secara sistematik dan berpada khususnya dalam gerak ruang bahasa Melayu.
Kata kunci: gerak ruang, konstituen, argumen, struktur konseptual dan tematik
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
