Kaedah Penterjemahan Metafora Bahasa Jepun kepada Bahasa Melayu dalam Haiku Ni Okeru Basho No Kokoro

(Translation Methods in the Translation of Metaphors in Haiku Ni Okeru Basho No Kokoro from Japanese into Malay)

Pengarang

Kata kunci:

haiku, metafora, kaedah penterjemahan, pemahaman budaya, terjemahan sepadan

Abstrak

Makalah ini mengkaji aspek pemindahan makna dalam terjemahan metafora dalam teks haiku Jepun bertajuk Haiku Ni Okeru Basho No Kokoro oleh Matsuo Basho yang dalam bahasa Melayu Sukma Basho dalam Haiku terjemahan Leyla Shuri. Perbincangan memberikan fokus pada pengenalpastian kaedah penterjemahan unsur metafora mati dalam bahasa Melayu. Analisis keselarasan makna digunakan untuk meneliti sama ada berlaku peleburan makna metafora apabila terjemahan kurang atau tidak tepat dihasilkan. Pemerhatian menunjukkan penterjemah memindahkan metafora mati teks sumber kepada metafora hidup dalam teks sasaran menggunakan kaedah terjemahan kurang. Pengekalan metafora yang bersifat universal dalam teks sasaran didapati menghasilkan terjemahan yang ideal, atau sepadan dari sudut makna yang dapat diterima dalam budaya sasaran. Kajian turut menunjukkan bahawa pemahaman tentang unsur metafora dalam budaya asal merupakan faktor penting bagi menghasilkan terjemahan haiku yang bermutu.

Kata kunci: haiku, metafora, kaedah penterjemahan, pemahaman budaya, terjemahan sepadan

Biografi Pengarang

  • Melati Desa, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

  • Hasuria Che Omar, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-01-25