Pengabsahan Mitos Kegagahan Badang melalui Metafora: Analisis Teori Relevans
(Validation Metaphor in Myth of Badang's Power through Metaphor: A Relevance Theory Analysis)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb.20(1)no3Abstrak
Mitos yang dicipta melalui metafora mempunyai unsur tersirat untuk tujuan pengabsahan, iaitu mengesahkan kedudukan raja dan kerajaan Melayu sebagai sebuah kerajaan yang hebat dan berdaulat. Mitos ini juga bertindak mengesahkan asal usul raja-raja Melayu sebagai susur galur keturunan yang mulia dan dihormati. Artikel ini memberikan fokus pada analisis makna metafora yang disampaikan oleh pengarang Melayu tradisional melalui kisah mitos kegagahan Badang. Analisis dilakukan dengan menggunakan pendekatan teori Relevans (TR), iaitu Rangka Rujuk Silang (RRS) dan konsep ad hoc. Data yang digunakan diambil daripada teks Sulalat al-Salatin (1997). Daripada sejumlah 26 data mitos yang dikeluarkan daripada teks, tiga data digunakan dalam analisis ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mitos kegagahan Badang membawa makna pengabsahan terhadap kedaulatan, kemerdekaan dan pengiktirafan yang diterima oleh susur galur raja dan kerajaan Melayu. Kisah yang dianggap mitos dan bersifat selapis ternyata mempunyai lapisan metafora yang tersirat maknanya. Makna sebenar metafora pengabsahan ini hanya dapat diinterpretasikan melalui analisis yang bersifat teoretis dan berpada. Melalui analisis yang dilakukan, didapati pengarang Melayu tradisional mempunyai kebijaksanaan dalam penyampaian mesej secara kiasan melalui mitos yang tersulam bersama sejarah.
Kata kunci: metafora, raja-raja Melayu, mitos, Teori Relevans, Sulalat al-Salatin
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
