Penanda Santun dalam Perbualan Kanak-kanak Melayu

(Politeness Markers in the Conversation of Malay Children)

Pengarang

Kata kunci:

kesantunan berbahasa, penanda santun, kanak-kanak, Prinsip Kesopanan Leech

Abstrak

Makalah ini mengenal pasti dan menganalisis penggunaan penanda santun dalam perbualan kanak-kanak Melayu. Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini menggunakan kaedah persampelan. Sebanyak 20 orang kanak-kanak Melayu berumur enam tahun dipilih daripada empat buah tadika atau prasekolah. Data diperoleh melalui rakaman perbualan kanak-kanak Melayu tersebut semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran formal di dalam kelas dan seterusnya dianalisis menggunakan prinsip kesopanan Leech (1983). Dapatan kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak Melayu di tadika atau prasekolah telah menggunakan beberapa penanda santun dalam perbualan mereka dengan rakan dan penyelidik. Penanda santun yang paling kerap digunakan ialah kata 'boleh', diikuti dengan kata 'tolong' dan 'terima kasih'. Sehubungan itu, kajian ini juga mendapati bahawa penggunaan maksim santun adalah paling dominan dalam perbualan kanak-kanak Melayu.

Kata kunci: kesantunan berbahasa, penanda santun, kanak-kanak, Prinsip Kesopanan Leech

Biografi Pengarang

  • Rabahyah Tahir, Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

  • Zaitul Azma Zainon Hamzah, Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-01-25