Peristilahan Bahasa Melayu dalam Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792)
[Malay Terminology in the Sexual Offences Against Children Act 2017 (Act 792)]
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb.20(1)no7Abstrak
Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak (Akta 792) telah diluluskan pada April 2017 dan mula berkuat kuasa pada 10 Julai 2017. Akta ini dirangka bersesuaian dengan kecanggihan teknologi terkini dan memperkenalkan istilah baharu bagi kesalahan seksual yang berkaitan dengan pengantunan kanak-kanak dan masokis. Beberapa istilah baharu ini adalah asing kepada masyarakat Malaysia dan berkemungkinan makna istilah tersebut tidak difahami sepenuhnya oleh pengamal undang-undang. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis peristilahan baharu tersebut dari perspektif makna istilah berkenaan. Kaedah deskriptif menerusi pendekatan analisis kandungan diaplikasikan bagi meneliti dan membincangkan makna istilah baharu yang terdapat dalam Akta 792. Huraian istilah baharu dibincangkan dari aspek undang-undang dengan merujuk beberapa Akta termasuk Kanun Keseksaan 1976, manakala dari aspek bahasa merujuk Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (2004). Hasil kajian ini dirumuskan bahawa terdapat lima istilah baharu yang memerlukan hujahan dari sudut bahasa dan undang-undang untuk perlindungan kepada kanak-kanak dalam jenayah seksual dan pedofilia, iaitu istilah kebinatangan, sadis, masokis, pengantunan, dan amang.
Kata kunci: Akta 792, peristilahan, aspek bahasa, aspek undang-undang, jenayah seksual terhadap kanak-kanak
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
