Penanda Wacana Adapun dalam Manuskrip Taj Al-Salatin

(The Discourse Marker Adapun in The Manuscripts of Taj al-Salatin)

Pengarang

  • Nor Diyana Saupi Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Mohammad Fadzeli Jaafar Universiti Kebangsaan Malaysia image/svg+xml

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb.20(1)no1

Abstrak

Makalah ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan penanda wacana "adapun" yang terdapat dalam manuskrip Melayu lama, iaitu Taj al-Salatin hasil karya Bukhari al-Jauhari. Teks ini telah dihasilkan pada abad ke-16 semasa pemerintahan Sultan 'Alauddin Ri'ayat Shah Sayyid al-Mukammil (1590-1604) dengan tujuan untuk membantu baginda memerintah kerajaan Acheh dengan baik berteraskan ajaran agama Islam. Perbincangan kajian ini tertumpu pada fungsi yang didukung oleh penanda wacana adapun yang hadir sebagai alat perpautan nahuan seperti yang dicadangkan dalam Teori Kohesi oleh Halliday dan Hasan (1995). Analisis makalah ini direalisasikan dengan menggunakan data kekerapan adapun yang diambil daripada Malay Concordance Project (MCP) secara atas talian. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan penanda wacana adapun turut membawa fungsi yang lebih daripada sekadar alat perpautan nahuan semata.

Kata kunci: penanda wacana, perpautan, Taj al-Salatin, Teori Kohesi

Biografi Pengarang

  • Nor Diyana Saupi, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

    Pensyarah Kanan

    Akademi Pengajian Bahasa

  • Mohammad Fadzeli Jaafar, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Program linguistik, Pusat literasi dan transformasi Sosiobudaya, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-06-05