Analisis Makna Konteks Nilai Moral Konfusianisme Ren dan Yi dalam Karya Terjemahan Hikayat Tiga Negara
(Analysis of the Contextual Meaning of Confucian Moral Values of "Ren" and "Yi" in Hikayat Tiga Negara)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb20(2)no6Abstrak
Artikel ini bertujuan meneliti makna konteks nilai kemoralan Konfusianisme "仁" (ren) dan "义" (yi) konteks situasi dalam novel kesusasteraan karya terjemahan Hikayat Tiga Negara. Konteks situasi dalam teks kesusasteraan merupakan episod yang mengisahkan sesuatu peristiwa. Pengolahan hikayat ini pula bertemakan nilai "仁" (ren) atau "义" (yi) berserta dengan deskripsi nilai yang terpapar pada amalan, pegangan dan tingkah laku watak-watak dalam konteks situasi. Kajian lepas menunjukkan bahawa pentafsiran makna nilai kemoralan Konfusianisme berdasarkan konteks ayat bagi menyampaikan makna konteksnya secara umum. Masalah lain ialah pentafsiran makna konteks nilai secara subjektif berdasarkan tujuan dan konteks budaya penterjemah. Bagi mengisi jurang kajian makna nilai yang terhad pada konteks ayat dan pentafsiran secara subjektif, kajian ini memfokuskan pentafsiran makna konteks nilai berdasarkan makna asalnya dalam konteks situasi. Kajian memanfaatkan kaedah analisis makna konteks berdasarkan sistem sinkronik Peng Liyuan (2005) bagi mentafsirkan makna konteks "仁" (ren) atau "义" (yi). Dengan mengklasifikasikan konteks situasi kepada konteks umum, konteks khusus dan konteks ekstralinguistik, makna konteks yang dirujuk dapat dikenal pasti. Hasil kajian mendapati bahawa makna konteks "仁" (ren) terbahagi kepada makna umum, makna khusus dan makna ekstralinguistik, manakala makna konteks "义" (yi) pula terbahagi kepada makna umum, makna khusus, makna tema dan makna berasaskan hubungan interpersonal berdasarkan klasifikasi konteks situasi. Selain itu, interaksi antara konteks situasi intralinguistik dan ekstralinguistik juga mempengaruhi pentafsiran makna konteks nilai. Kajian ini memaparkan kepentingan makna konteks wacana dalam merekayasa nilai kemoralan Konfusianisme dalam konteks situasi karya terjemahan Hikayat Tiga Negara.
Kata kunci: nilai kemoralan Konfusianisme, konteks situasi, makna konteks, pentafsiran, sinkronik
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
