Kata Kerja Bantu dalam Dialek Melayu Kedah: Satu Analisis Program Minimalis

(Auxiliary Verbs in Kedah Malay Dialect: A Minimalist Program Analysis)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb.20(1)no4

Abstrak

Kata kerja bantu (KKB) merupakan leksikal yang dianggap sebagai kata fungsian kerana mempunyai fungsi gramatikal dalam ayat. KKB pada umumnya dibahagikan kepada KKB aspek dan modal. KKB ini mempunyai distribusi yang tetap dalam bahasa Melayu, iaitu hadir sebelum kata kerja. Namun begitu, agak berbeza apabila distribusi ini dianalisis dalam dialek. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kata kerja bantu dalam dialek Melayu Kedah, mengklasifikasikan kata kerja bantu dialek Melayu Kedah, dan menganalisis struktur kata kerja bantu dialek Melayu Kedah menggunakan Program Minimalis. Bagi mencapai objektif kajian tersebut, pengkaji menggunakan kaedah lapangan. Kajian distribusi kata kerja bantu (KKB) dalam ayat dialek Melayu Kedah telah dijalankan di Kampung Bandar Mukim Siong, Baling, Kedah. Hasil kajian ini mendapati bahawa KKB dalam dialek Kedah mempunyai fungsi gramatikal, iaitu menandakan kala kepada kata kerjanya. Namun begitu, analisis terhadap KKB modal mendapati bahawa KKB ini keseluruhannya berfungsi menandakan kala depan sahaja kepada kata kerja dalam dialek ini.

Kata Kunci: kata kerja bantu, Kedah, Minimalis, dialek

Biografi Pengarang

  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Pusat Literasi dan Transformasi Sosiobudaya, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
  • Nur Affika Ahmad, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Pusat Literasi dan Transformasi Sosiobudaya, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-06-05