Analisis Entri "A" Kamus Thomas Bowrey 1701
(An Analysis of the "A" Entry in Thomas Bowrey's Dictionary 1701)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb.19(2)no4Abstrak
Artikel ini bertujuan membincangkan aspek representasi ortografi dan fonologi, aspek morfologi dan maklumat etimologi dalam entri "A" kamus Thomas Bowrey (1701). Perbandingan secara diakronik menjadi dasar analisis ini. Kaedah tinjauan digunakan untuk menganalisis setiap kata dalam entri "A" ini. Entri "A" dalam kamus ini mengandungi 164 kata yang terdiri daripada kata dasar dan kata polimorfemis. Penghuraian entri "A" ini merupakan perbandingan dengan kamus yang lebih moden dan korpus lain seperti Kamus Dewan Edisi Keempat (KD, 2007), A Malay-English Dictionary (Richard James Wilkinson, 1903), A Comprehensive Indonesian-English Dictionary (Stevens and Schmidgall-Tellings, 2010), Kamus Besar Bahasa Indonesia (atas talian), Malay Concordance Project (atas talian) dan SEAlang Project (atas talian). Sumber lain seperti daftar kata Pigafetta (1523) dan daftar kata Houtman (1598-1603) digunakan sebagai alat untuk menyempurnakan penghuraian data kamus Thomas Bowrey dan sebagai mewakili data sezaman dengannya. Analisis ini tidak hanya tertumpu pada kata dasar (entri) sahaja tetapi turut mengambil kira contoh frasa dan klausa yang diberikan oleh Bowrey serta dialog yang muncul pada sesetengah kata. Hasil daripada analisis ini menunjukkan bahawa pada 400 tahun yang lampau bahasa Melayu sudah begitu menghampiri bahasa Melayu moden dan digunakan dalam lapangan perniagaan, urusan rasmi kerajaan serta lapangan sosiobudaya masyarakat Melayu.
Kata kunci: Kajian diakronik, linguistik historis komparatif, kamus Thomas Bowrey
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
