Analisis Fonologi Subdialek Melayu Kedah Kunluang dalam Wayang Kulit Seri Asun

(A Phonological Analysis of the Kedah Malay Kunluang Sub-dialect in Wayang Kulit Seri Asun)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb.19(2)no1

Abstrak

Kajian ini membincangkan dan menganalisis fonologi subdialek Melayu Kedah Kunluang dalam Wayang Kulit Seri Asun (SMKK). Subdialek Melayu Kedah Kunluang ini terangkum dalam subdialek Kedah Utara, yakni subdialek yang dituturkan meliputi timur laut Jitra hingga ke sempadan Thailand-Malaysia (Asmah, 1988). Kajian ini diketengahkan untuk, (1) menampung kelompangan kajian variasi subdialek di kawasan, daerah dan mukim, (2) mengkaji sekiranya terdapat unsur pengaruh variasi dialek Kedah Siam dalam SMKK. Analisis data kajian dijalankan berlandaskan proses fonologi mengikut Teori Fonologi Generatif oleh Chomsky dan Halle (1968). Analisis data ini akan dihuraikan daripada input (struktur dalaman) kepada output (struktur permukaan) untuk menggambarkan representasi sebutan sebenar dalam SMKK. Dapatan analisis kajian memperlihatkan proses fonologi yang berlaku dalam SMKK ialah pendiftongan, pemanjangan vokal, perendahan vokal, penggantian konsonan, perubahan konsonan, asimilasi nasal, pengguguran konsonan, pengglotisan, penasalan vokal dan penyisipan. Hal ini menjelaskan bahawa proses fonologi SMKK adalah seragam dengan dialek Kedah Standard dan tidak menerima sebarang pengaruh daripada variasi dialek Kedah Siam, walaupun SMKK dituturkan di daerah Kubang Pasu berhampiran dengan daerah Padang Terap, Kuala Nerang dan lain-lain yang jelas menerima pengaruh daripada variasi dialek Kedah Siam.

Kata kunci: fonologi, proses fonologi, dialek Melayu Kedah, subdialek Melayu Kedah Kunluang, Wayang Kulit Seri Asun

Biografi Pengarang

  • Noriah Mohamed, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-12-02