Unsur Penanda Wacana dalam Teks Ucapan Belanjawan 2019

(Discourse Marking Elements in the 2019 Budget Speech Text)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb19(1)no3

Abstrak

Teks ucapan dianggap sebagai wacana yang sempurna dengan wujudnya penghubung yang bertunjangkan semantik antara komponen teks. Pertalian yang dikenali sebagai penanda wacana ini membolehkan ayat-ayat dalam perenggan disusun dengan baik sehingga urutan maklumat menjadi lancar dan mudah difahami. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk mencungkil pelbagai unsur penanda wacana dan rasional penggunaannya dalam teks ucapan Belanjawan 2019 sebagai salah satu cara untuk mengalirkan mesej penting kepada khalayak ramai. Teks ucapan ini merupakan strategi belanjawan parti gabungan Pakatan Harapan yang pertama apabila memegang tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia yang baharu. Penyelidikan ini merupakan kajian berbentuk deskriptif yang menggunakan kaedah kualitatif. Kerangka pemikiran adverba anafora Asmah (2008) dan teori Nahu Fungsian (Halliday & Matthiessen, 2014) telah dijadikan pegangan dalam proses penyelidikan. Berdasarkan hasil kajian, terdapat pelbagai jenis unsur penanda wacana yang digunakan oleh pengucap dalam teks ucapan Belanjawan 2019. Penghubung penambahan, adverba tujuan dan adverba manfaat dilihat sebagai tiga unsur penanda wacana yang kerap digunakan dalam usaha pembikinan teks ucapannya. Namun begitu, teks ucapan ini juga sarat dengan pengemblengan beberapa unsur penanda wacana lain. Kolaborasi beberapa unsur penanda wacana telah menunjukkan bahawa penghubung memainkan peranan penting dalam memastikan ketekstualan ucapan Belanjawan 2019 dan seterusnya dapat mewujudkan makna yang kontekstual, tersusun dan mudah diterima oleh pengguna bahasa.

Kata kunci: penanda wacana, adverba anafora, teks ucapan, nahu fungsian, Belanjawan 2019

Biografi Pengarang

  • Muhammad Faizul Abd Hamid, Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

  • Mohd Azidan Abdul Jabar, Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

  • Muhammad Alif Redzuan Abdullah, Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-06-03