Peranan Bahasa Melayu Kolokial dalam Mengimbangi Kesan Bilingualisme di Singapura
(The role of Colloquial Malay in Balancing the Impact of Bilingualism in Singapore)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb19(1)no1Abstrak
Kajian ini memantau penggunaan bahasa dalam kalangan penutur Melayu di Singapura dengan tujuan mengenal pasti peranan bahasa-bahasa yang lahir daripada pragmatik berbahasa di Singapura dalam suasana dwibahasa. Data dikumpulkan secara kualitatif melalui temu bual yang dilakukan terhadap 1155 responden belia Melayu. Perbualan dirakamkan dan ditranskripsikan dengan menggunakan pendekatan transkripsi fonemik, iaitu mencatatkan perbualan secara verbatim dengan menggunakan ortografi standard, serta mencatatkan juga ciri-ciri paralinguistik secara berasingan. Data dianalisis dengan menggunakan rangka kerja penggunaan bahasa. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan bahasa Melayu di Singapura umumnya ialah poliglosia dan diglosia. Kajian ini juga mendapati bahawa bilingualisme dapat diimbangi dengan kehadiran empat jenis bahasa kolokial yang membantu mengeratkan hubungan masyarakat Melayu serta memelihara budaya dan citra bangsa.
Kata kunci: bilingualisme, penggunaan bahasa, akomodasi bahasa, bahasa kolokial, domain, diglosia, keberdayaan bahasa
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
