Pengaruh Bahasa Melayu dalam Bahasa Dusun Brunei
(The Influence of the Malay Language on the Brunei Dusun Language)
Abstrak
Puak Dusun dikenali dengan nama Sang Jati merupakan salah satu daripada tujuh puak jati di Negara Brunei Darussalam. Puak Dusun Brunei mempunyai bahasanya yang tersendiri dan masih dipraktikkan oleh sebahagian masyarakat Dusun sehingga hari ini. Namun begitu, ramai yang tidak menyedari bahasa Dusun di Brunei telah dipengaruhi oleh bahasa Melayu Brunei. Kajian mengenai isu tersebut agak kurang diberikan perhatian. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh bahasa Melayu dalam bahasa Dusun dan mengenal pasti punca pengaruh tersebut. Terdapat tiga aspek linguistik yang disentuh untuk melihat pengaruh bahasa Melayu, iaitu ejaan bahasa Dusun, fonologi bahasa Dusun dan imbuhan bahasa Dusun. Bahan kajian utama ialah kosa kata bahasa Dusun yang direkodkan dalam tesis Yabit (1994) yang bertajuk The Recostruction of Pre-Dusun and the Classification of its Decendents.; buku Daftar Leksikal 7 Dialek Brunei Darussalam (2011); Kamus Sang Jati Dusun (2014) serta; leksikal bahasa Dusun. Kosa kata berkenaan dibandingkan dengan aspek linguistik bahasa Melayu Brunei. Pengaruh terhadap bahasa Dusun yang dibincangkan termasuklah faktor bahasa serumpun, sistem pendidikan, perpindahan puak Dusun, sosial dan ekonomi. Kajian ini diharapkan dapat memberikan pengetahuan tambahan mengenai bahasa etnik di Brunei dan meningkatkan kesedaran masyarakat Dusun mengenai bahasa mereka yang terkesan oleh pengaruh bahasa Melayu.
Kata kunci: bahasa Dusun Brunei, pengaruh bahasa Melayu, Sang Jati Dusun, ejaan, fonologi, imbuhan
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
