Penterjemahan Giongo/Gitaigo dalam Manga Jepun
(The Translation of Giongo/Gitaigo in the Japanese Manga Kimi No Na Wa)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb.19(2)no6Abstrak
Giongo (擬音語) merupakan perkataan yang digunakan untuk meniru bunyi atau suara manakala gitaigo (擬態語) merupakan perkataan yang meniru suatu tindakan, keadaan, atau tingkah laku yang tidak membuat bunyi dalam manga. Walaupun kajian tentang penterjemahan giongo dan gitaigo telah dilakukan oleh pengkaji lepas di luar negara, prosedur terjemahan giongo dan gitaigo belum lagi dikaji di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti prosedur terjemahan giongo dan gitaigo dalam manga (Kimi no Na wa) daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu. Analisis kandungan dilakukan untuk mengenal pasti giongo dan gitaigo yang hadir dalam manga berdasarkan pandangan Natsume (1997). Seterusnya, prosedur terjemahan dikenal pasti berdasarkan prosedur terjemahan komik atau manga yang digagaskan oleh Kaindl (1999). Kajian mendapati giongo dan gitaigo dalam manga terdiri daripada "giongo/gitaigo tanpa belon pertuturan" dan "giongo dalam belon pertuturan". Dapatan menunjukkan bahawa giongo/gitaigo tanpa belon pertuturan dapat diterjemahkan menggunakan tujuh prosedur manakala giongo dalam belon pertuturan pula diterjemahkan dengan dua prosedur. Prosedur terjemahan yang dikenal pasti memperlihatkan persamaan dengan prosedur terjemahan yang hadir dalam kajian lepas yang menggunakan pasangan bahasa yang berbeza daripada Jepun-Melayu. Prosedur terjemahan yang khusus dipraktik dalam konteks Malaysia turut dikenal pasti dalam kajian ini.
Kata kunci: prosedur terjemahan, giongo, gitaigo, manga
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
