Analisis Proses I'lal Dalam Perkataan Bahasa Arab Sebelum Dipinjamkan kepada Bahasa Melayu

(Analysis of the I'lal Process in Arabic Words Prior to Being Loaned to the Malay Language)

Pengarang

  • Azhani Almuddin Universiti Malaya image/svg+xml
  • Muhammad Noor Aidil Lokman Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)
  • Mohd Zaki Abd Rahman Universiti Malaya image/svg+xml
  • Tajul Aripin Kassin Universiti Sains Malaysia image/svg+xml

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb19(1)no4

Abstrak

Artikel ini menganalisis dan mentafsirkan perubahan bunyi yang terdapat dalam perkataan bahasa Arab sebelum dipinjamkan dalam bahasa Melayu, perubahan bunyi tersebut dalam kajian Arab secara khusus dikenali sebagai proses i'lal. Sesuatu kajian yang mengkhususkan aspek etimologi yang memerlukan rujukan terhadap kamus Arab tentang asal kata dan kata akar sebelum terlaksananya proses i'lal dalam bahasa sumber. Pencarian sesuatu perkataan dalam kamus Arab berdasarkan kata akarnya dan bukannya berdasarkan representasi fonetik kata secara langsung. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendedahkan kepada pengguna bahasa Melayu tentang asal usul perkataan yang melibatkan proses i'lal dalam kata bahasa Arab sebelum dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu. Kajian ini memanfaatkan data sekunder yang diperoleh daripada kamus Mu'jam Mufradat al-Ibdal wa al-i'lal fi al-Quran al-Karim dan korpus DBP. Kerangka teoretis fonologi mora digunakan bagi menjelaskan proses fonologi daripada input kepada representasi fonetik. Perubahan bunyi daripada input kepada output dilaksanakan melalui pemanjangan kompensatori hasil daripada pelaksanaan pengguguran, penyukuan semula, pemanjangan dan penyahhubungan, walau bagaimanapun, kajian ini dihadkan penelitiannya kepada aspek pemanjangan sahaja.

Kata kunci: i'lal, bahasa Arab, bahasa Melayu, fonologi, mora, representasi fonetik

Biografi Pengarang

  • Azhani Almuddin, Universiti Malaya

    Fakulti Bahasa dan Linguistik

  • Muhammad Noor Aidil Lokman, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)

    Pusat Bahasa

  • Mohd Zaki Abd Rahman, Universiti Malaya

    Fakulti Bahasa dan Linguistik

  • Tajul Aripin Kassin, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-06-03