Strategi Kesantunan Bertutur Remaja Program Dwisijil di Maktab Rendah Sains Mara

(Politeness Strategy Speech Skills of Teenagers in Two Certificate Programmes at the Maktab Rendah Sains MARA)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb19(1)no6

Abstrak

Pelbagai dasar digubal dalam sektor pendidikan untuk memastikan remaja pada masa akan datang mempunyai kemahiran bertutur yang baik. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti strategi kesantunan dan merumuskan aspek yang menyerlahkan keterampilan bertutur remaja ketika berinteraksi. Kajian ini disertai oleh remaja yang berusia 16 dan 17 tahun yang tinggal dan belajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Baling Kedah. Remaja yang terlibat merupakan pelajar yang mengikuti program dwisijil di MRSM Baling, Kedah. Kajian ini melibatkan dua jenis interaksi, iaitu, interaksi spontan dan interaksi terancang. Sesi interaksi dirakamkan menggunakan alat perakam audio dan kemudiannya ditranskripsikan untuk dianalisis menggunakan teori Kesantunan Brown dan Levinson (1987). Hasil analisis digunakan untuk merumuskan aspek yang menyerlahkan keterampilan bertutur remaja ketika berinteraksi secara spontan dan terancang. Dapatan kajian mendapati bahawa keterampilan bertutur remaja ketika berinteraksi dikenal pasti melalui beberapa aspek penggunaan bahasa. Dalam hal ini, aspek linguistik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa amat menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa. Oleh hal yang demikian, remaja perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan melalui pembacaan untuk agar dapat menyerlahkan lagi keterampilan bertutur remaja untuk berinteraksi dengan lebih baik.

Kata kunci: keterampilan bertutur, strategi kesantunan, remaja, interaksi spontan, interaksi terancang

Biografi Pengarang

  • ZAITUL AZMA, Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-06-03