Sistem Bilangan dalam Bahasa Orang Asli Duano

(Numeral System In An Aboriginal Duano Language)

Pengarang

Abstrak

Makalah ini bertujuan mengkaji orang asli suku Duano atau Dossin Dolak di Kampung Pontian Besar, Kampung Bumiputera Dalam dan Kampung Kuala Benut. Pada dasarnya, suku kaum orang Asli Duano ini menjalankan aktiviti kehidupan sebagai nelayan, peniaga, buruh dan pekerja kilang. Kajian ini akan memberi fokus atau tumpuan pada sistem bilangan yang terdapat dalam bahasa orang Asli suku Duano. Sistem bilangan ini diteliti berdasarkan subsistem kardinal, ordinal dan kewujudannya dalam kehidupan semasa orang Asli Duano ini. Didapati terdapat banyak persamaan sistem kata bilangan dalam bahasa Melayu. Kemungkinan hal ini berlaku kerana hubungan mereka dengan orang Melayu dalam aktiviti ekonomi seperti urusan jual beli. Orang asli Duano di Kampung Bumiputera Dalam terkenal dengan perniagaan perabot terpakai dari Singapura.

Kata kunci: orang Asli Melayu-Proto, orang Asli suku Duano, sistem bilangan, kata kardinal, kata ordinal

Biografi Pengarang

  • Rohani Mohd Yusof, Universiti Malaya

    Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu

  • Nur Hidayah Mohamed Suleiman, Universiti Malaya

    Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2014-06-01