Kepentingan Geolinguistik dalam Keberdayaan Etnolinguistik Melayu Singapura
(The Significance of Geolinguistics to the Ethnolinguistic Vitality of the Malays in Singapore)
Abstrak
Kajian ini meneliti kepentingan geolinguistik dalam mempengaruhi tahap keberdayaan bahasa dan bangsa Melayu di Singapura dengan menggunakan pendekatan sosiologi, iaitu teori keberdayaan etnolinguistik (Giles et al., 1977). Data dikumpul secara objektif melalui sumber sosiologi, ekonomi, demografi dan sejarah yang didapati daripada banci penduduk, dokumen kajian dan laporan. Kajian ini juga melibatkan pemerhatian terhadap kesekitaran bahasa dan persuratan Singapura. Bahan dianalisis mengikut rangka kerja teori tersebut yang menilai prestasi bahan berdasarkan empat faktor keberdayaan, iaitu status, demografi, sokongan institusi, dan geografi. Kajian ini mendapati kedudukan bahasa Melayu di Singapura dalam lingkungan rendah hingga sederhana, iaitu bahasa ini berpotensi bergerak ke arah defisit bahasa. Namun demikian, sokongan kukuh institusi tidak formal menyumbang kepada pengekalan etnisiti Melayu walaupun tidak mencukupi untuk memelihara kepentingan bangsa dan bahasa Melayu di Singapura. Hubungan geolinguistik didapati sangat penting dalam memastikan bahasa Melayu di Singapura kekal relevan dan digunakan di luar lingkungan budaya.
Kata kunci: geolinguistik, keberdayaan etnolinguistik, linguapolitik, pengekalan bahasa, perubahan bahasa, dasar bahasa, etnisiti.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
