Masalah Pembelajaran: Tanda dan Simptom Kecacatan Komunikasi Lisan Murid Pendidikan Khas
(Learning Difficulties: Signs and Symptoms of Oral Communication Disorders in Special-Education Students)
Abstrak
Kajian tinjauan keratan rentas ini bertujuan mengenal pasti prevalen murid yang mengalami kecacatan komunikasi lisan dalam kalangan murid pendidikan khas kategori bermasalah pembelajaran. Kajian ini juga mengenal pasti simptom umum dan simptom spesifik kecacatan komunikasi lisan yang dihadapi oleh murid berkenaan. Teknik pensampelan secara penyesuaian. Sampel terdiri daripada 1125 murid pendidikan khas dalam program integrasi di 56 buah sekolah di Kelantan. Senarai semak kecacatan pertuturan atau bahasa oleh Hannel berskala 4 Likert digunakan bagi mengutip data yang dilakukan melalui semakan dokumen profil murid, pemerhatian terhadap tingkah laku dan temu bual dengan ibu bapa. Kajian mendapati enam peratus (n=67) daripada murid yang dikaji mengalami kecacatan komunikasi lisan. Daripada perbandingan min, didapati simptom umum "lambat dalam belajar untuk bercakap" merupakan simptom yang "sangat berkaitan" dengan kecacatan komunikasi. Kajian mencadangkan guru yang mengajar murid ini menggunakan komunikasi augmentatif dan alternatif bagi memaksimumkan kefahaman mereka.
Kata kunci: pendidikan khas, kecacatan komunikasi, tinjauan keratan rentas, masalah pembelajaran, komunikasi lisan
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
