Analisis Frekuensi Asas (F0) Bunyi Vokal Bahasa Melayu: Pencerakinan Berdasarkan Fonetik Akustik

(Analysis of Acoustics Fundamental Frequency (F0) of Malay Vowel: A Comparative Study on Gender)

Pengarang

  • Shaharina Mokhtar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Shahidi A.H. Universiti Kebangsaan Malaysia image/svg+xml
  • Badrulzaman Abdul Hamid Universiti Kebangsaan Malaysia image/svg+xml

Abstrak

Kajian berdasarkan impresionistik oleh ahli linguistik tempatan Malaysia masih belum mencapai satu ketentuan yang tepat dalam menentukan perbezaan penghasilan bunyi vokal mengikut gender. Kajian terdahulu tentang bunyi vokal bahasa Melayu lebih bersifat umum (huraian pola bunyi vokal tanpa menyatakan perbezaan antara lelaki dengan perempuan). Makalah ini merupakan kajian dalam bidang fonetik yang memanfaatkan kaedah spektrograf untuk meneliti sifat akustik bunyi vokal bahasa Melayu berdasarkan gender. Seramai lima orang penutur lelaki dan lima penutur perempuan dewasa telah dipilih sebagai sebagai subjek. Beberapa sampel ujaran telah dirakam dan kemudiannya dianalisis secara spektrografik dengan menggunakan perisian Praat. Tumpuan kajian adalah pada isyarat akustik, iaitu frekuensi asas (F0). F0 merupakan isyarat akustik yang menunjukkan tahap kelangsingan (pitch) gelombang bunyi. F0 merupakan frekuensi terendah atau harmonik pertama pada signal gelombang periodik. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan F0 yang signifikan antara penghasilan bunyi vokal lelaki dengan perempuan. Kajian ini diharap dapat memperjelas sifatakustik bunyi vokal bahasa Melayu.

Kata kunci: fonetik, akustik, frekuensi asas, gender, kelangsingan

Biografi Pengarang

  • Shaharina Mokhtar, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
    Jabatan Sains Sosial, Kolej Pengajian Asas dan Umum
  • Shahidi A.H., Universiti Kebangsaan Malaysia

    Pusat Pengajian Bahasa dan Kesusasteraan Melayu,
    Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

  • Badrulzaman Abdul Hamid, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2014-12-01