Ungkapan Implisit dalam Berita Bola Sepak Piala Dunia 2014: Analisis Pragmatik

(Implicit Expression of the 2014 World Cup Football's News: A Pragmatic Analysis)

Pengarang

  • Wong Shia Ho Institut Pendidikan Guru, Kampus Batu Lintang

Abstrak

Kajian ini menerokai makna implisit dalam berita sukan dalam temasya Bola Sepak Piala Dunia 2014 yang disiarkan melalui laman sesawang. Data kajian diambil daripada sisipan ayat dalam berita dalam talian. Data ini kemudiannya dianalisis berdasarkan teori relevans yang digagaskan oleh Sperber dan Wilson (1986) yang memberikan penekanan kepada konsep konteks, kesan konteks dan usaha memproses. Hasil kajian mendapati bahawa pelbagai peristiwa diperlihatkan melalui ungkapan implisit yang telah ditafsir secara pragmatik. Penggunaan ungkapan implisit dalam berita sukan tersebut juga tidak mendatangkan masalah kepada pembaca untuk memahami maknanya yang sebenar kerana ungkapan tersebut kaya dengan maklumat konteks.

Kata kunci: ungkapan implisit, bola sepak, Piala Dunia FIFA 2014, pragmatik, teori relevans

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2014-12-01