Perbandingan Terjemahan Manusia dan Terjemahan Mesin dalam Buku Fitness 24/7
(A Comparison between Human Translation and Machine Translation in Fitness 24/7)
Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji persamaan yang wujud antara terjemahan manusia dengan terjemahan mesin untuk menterjemahkan teks teknikal. Pendekatan fungsional oleh Christian Nord diaplikasikan dalam penelitian ini. Kaedah analisis teks dijalankan terhadap buku Fitness 24/7 (2008) yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Kevin Zahri (mewakili terjemahan manusia) menerusi buku Cergas 24/7 (2008), manakala Google Translate digunakan untuk mewakili terjemahan mesin. Perincian persamaan yang dilihat oleh pengkaji adalah dari aspek pilihan kata, struktur ayat dan makna keseluruhan ayat bagi kedua-dua hasil terjemahan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persamaan yang wujud antara terjemahan manusia dengan terjemahan mesin dalam menterjemahkan teks teknikal adalah rendah, iaitu sebanyak 31.6 peratus. Penterjemahan mesin masih memerlukan tenaga manusia untuk menghasilkan terjemahan yang lebih baik.
Kata kunci: aspek persamaan, terjemahan manusia, terjemahan mesin, teks teknikal
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
