Aspek Metafora dalam Rentong dan Srengenge: Analisis Kaedah Penterjemahan dan Pemindahan Makna
(Metaphors in Rentong and Srengenge: An Analysis of Translation Methods and the Transfer of Meaning)
Abstrak
Makalah ini membincangkan aspek pemindahan makna dalam penterjemahan metafora yang terdapat dalam dua teks kesusasteraan Melayu; iaitu Rentong dan Srengenge oleh Shahnon Ahmad, dan terjemahannya Rope of Ash dan Srengenge oleh Harry Aveling. Metafora, yang merupakan cara manusia membuat perbandingan mengenai dua domain yang tidak kongruen jika diteliti secara permukaan, berkait rapat dengan nilai, sistem konseptual, persekitaran dan pandangan dunia sesuatu budaya. Perbezaan aspek dalam budaya yang berbeza boleh menimbulkan masalah dalam penterjemahan. Dengan menggunakan kerangka teori metafora konseptual oleh Lakoff dan Johnson (1980), pendekatan penterjemahan berdasarkan makna oleh Larson (1984), kehilangan makna dalam penterjemahan oleh Newmark (1981) dan konsep ketidakbolehterjemahan oleh Catford (1969), makalah ini menganalisis struktur metafora hidup dan metafora mati, strategi penterjemahan yang digunakan untuk menterjemah kedua-dua bentuk metafora serta kesannya terhadap terjemahan yang dihasilkan dari segi makna. Pemerhatian menunjukkan bahawa, a) kebanyakan elemen metafora bahasa sumber telah diterjemahkan kepada pengertian tanpa dikekalkan struktur metaforanya; b) metafora bahasa sumber dikekalkan dalam metafora bahasa sasaran, dan pengekalan ini pada kebanyakan masanya dilihat sebagai kaedah terjemahan yang ideal.
Kata kunci: metafora, penterjemahan berasaskan makna, kehilangan makna dalam terjemahan, ketidakbolehterjemahan
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
