Pembentukan Kependekan Kata Nama Melayu
(The Formation of Malay Names Truncation)
Abstrak
Makalah ini membincangkan proses morfologi pemendekan kata nama khas Melayu. Kajian ini menggunakan data primer yang dikutip daripada pemerhatian yang dilakukan di sekitar Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik dan juga menerusi laman sosial Facebook. Nama khas yang diperoleh terdiri daripada nama khas dalam kalangan pelajar. Penelitian berfokus kepada proses pembentukan kata nama pendek yang terhasil daripada kata nama penuh. Analisis dilakukan untuk meneliti proses pembentukan pemendekan kata nama Melayu berdasarkan pendekatan yang dikenali sebagai templat berdasarkan morfem dalam teori prosodi morfologi yang telah dibangunkan dalam teori optimaliti. Dapatan daripada analisis ini dapat menjelaskan bagaimana proses pemendekan disilabik dan monosilabik berlaku dalam bahasa Melayu.
Kata kunci: Melayu, pemendekan kata nama, prosodi morfologi, templat berdasarkan morfem, optimaliti
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
