Ganti Nama Bahasa Mendriq: Analisis Program Minimalis
(Pronoun in Mendriq: Minimalist Programme Analysis)
Abstrak
Bahasa orang asli di Malaysia sedang mengalami proses kepupusan yang sangat cepat. Kajian berkaitan bahasa orang asli pula tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Oleh yang demikian, penulisan ini akan memberikan tumpuan terhadap salah satu daripada bahasa orang asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia, iaitu bahasa Mendriq. Bahasa ini dituturkan oleh suku kaum Mendriq yang menetap di Pos Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan. Kajian yang dijalankan di bawah kod penyelidikan UKM-GUP-PLW-08-11-047 ini mempunyai skop yang kecil, iaitu hanya memfokuskan ganti nama bahasa Mendriq sahaja. Proses analisis terhadap ganti nama tersebut dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu analisis deskriptif dan analisis sintaksis. Analisis deskriptif akan membincangkan kasus yang terdapat dalam KGN bahasa tersebut. Analisis sintaksis pula akan membahaskan struktur sintaksis ganti nama bahasa Mendriq berpandukan analisis deskriptif. Analisis sintaksis akan menggunakan kerangka program minimalis sebagai teori untuk menganalisis KGN ini. Hasil daripada analisis ini, pengkaji mendapati bahawa ganti nama bahasa Mendriq dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu ganti nama yang membawa kasus dan ganti nama yang ditandakan kasus.
Kata kunci: ganti nama, Mendriq, analisis deskriptif, analisis sintaksis, orang asli, kasus
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
