Sajak "Pelacur Tua": Analisis Teori Relevans

("An Old Prostitute": A Relevance Theory Analysis)

Pengarang

  • Mary Fatimah Subet Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Malaysia Sarawak

Abstrak

Usman Awang merupakan Sasterawan Negara yang banyak mendalami perasaan masyarakat, yang digambarkan, menerusi penulisan beliau. Baris-baris ciptaan sajaknya indah. Perihal hidup pelacur yang tidak bermoral diolah secara halus dalam sajaknya "Pelacur Tua". Kehidupan pelacur digambarkan sebagai kehidupan penuh rahsia. Kajian ini cuba mencari rahsia berkenaan melalui bahasa yang digunakan oleh Sasterawan Negara Usman Awang. Analisis menggunakan Teori Relevans dalam bidang pragmatik. Teori ini diasaskan oleh Sperber dan Wilson (1986). Sajak Usman Awang yang sarat dengan unsur bahasa figuratif dianalisis untuk mencari rahsia tersirat di dalamnya. Hasil analisis mendapati bahasa figuratif yang digunakan oleh Usman Awang merangkumi personifikasi, hiperbola dan ironi. Gabungan pelbagai bahasa figuratif dalam sajak ini masih mampu difahami walaupun berselindung di sebalik makna eksplisitnya. Bahasa figuratif yang dikaji mengandungi rahsia perasaan seorang pelacur dan juga perasaan masyarakat umum terhadap pelacur. Rasa gelisah, tidak selesa, sunyi, penat, sedih, menyesal di sebalik mudah mendapat wang, dirungkaikan dalam kajian ini. Kajian ini memaparkan pembuktian secara lebih saintifik terhadap pelbagai perasaan itu yang dikemukakan daripada pernyataan umu.

Kata kunci: eksplisit, implisit, bahasa figuratif, Teori Relevans, pragmatik

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2015-06-01