Sistem Vokal Dialek Melayu Kabong, Sarawak
(Vowels System in Malay Dialect of Kabong, Sarawak)
Abstrak
Makalah ini membincangkan sistem vokal Dialek Melayu Kabong (DMKb), iaitu salah satu daripada dialek Melayu yang dituturkan di Sarawak. Kabong merupakan sebuah daerah kecil yang terletak di Bahagian Betong, Sarawak. DMKb dituturkan oleh masyarakat Melayu di Kabong yang boleh dianggap sebagai bahasa komunikasi kawasan ini kerana peranannya yang dominan dalam masyarakat setempat. Selain masyarakat Melayu, Kabong juga didiami oleh kaum Iban dan Cina sebagai minoriti di sini. Kajian ini mengenal pasti fonem, alofon, diftong, distribusi fonem vokal dan pasangan minimum DMKB. DMKb akan dihuraikan secara linguistik deskriptif yang dikembangkan oleh Bloomfield dan diteruskan oleh Mario Pei dan Robins. Selain itu, model deskriptif Asmah juga digunakan untuk menganalisis sistem vokal DMKb. Data kajian ini diperoleh secara kajian lapangan huluan yang menggunakan kaedah senarai kata, domain dan asosiasi idea. Analisis secara deskriptif berjaya menentukan lapan bunyi vokal [a], [e], [«], [E], [i], [o], [] dan [u] berstatus fonem yang tersendiri yang seterusnya menunjukkan fonem vokal dalam DMKb melebihi fonem vokal dalam bahasa Melayu standard (BMS).
Kata kunci: deskriptif, fonem, vokal, domain, senarai kata, pasangan minimum
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
