Strategi Komunikasi Penulisan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Perancis

(Written Malay Language Communication Strategies among French Students)

Pengarang

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan mengelaskan jenis strategi komunikasi tulisan dalam pembelajaran bahasa Melayu oleh pelajar Perancis. Kajian ini berdasarkan taksonomi strategi komunikasi oleh Dörnyei dan Scott yang tertumpu pada kaedah kualitatif dan kuantitatif. Responden kajian terdiri daripada pelajar tahun tiga sarjana muda bahasa Melayu di Institut Nationale des Langues et Civilisations Orientales (INALCO), Paris, Perancis. Sejumlah 10 orang pelajar Perancis yang mempelajari mata pelajaran bahasa Melayu tahap lanjutan terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah empat aktiviti penulisan dan senarai semak strategi. Dapatan keseluruhan berdasarkan penulisan pelajar menunjukkan antara strategi komunikasi yang paling kerap digunakan ialah strategi penghampiran (28.1 peratus), strategi penggunaan perkataan untuk semua tujuan (15.8 peratus), strategi penghuraian (12.9 peratus) dan strategi ciptaan perkataan baru (11.7 peratus). Kajian ini memberikan implikasi kepada pelajar dan pengajar bahasa Melayu untuk menangani strategi yang digunakan oleh pelajar bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa para pengajar harus menimbangkan pengajaran strategi komunikasi secara efektif untuk memaksimumkan keberkesanan pembelajaran bahasa Melayu.

Kata kunci: pembelajaran bahasa Melayu, pelajar Perancis, strategi komunikasi, aktiviti penulisan, kuantitatif dan kualitatif

Biografi Pengarang

  • Roslina Mamat, Universiti Putra Malaysia
    Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
  • Hazlina Abdul Halim, Universiti Putra Malaysia
    Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
  • Normaliza Abd Rahim, Universiti Putra Malaysia
    Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2015-06-01