Analisis Kohesi Wacana Sains Berdasarkan Teori Nahu Fungsian
(An Analysis of Cohesion in Academic Discourse on Science Based on the Theory of Functional Grammar)
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk dan strategi kohesi dalam teks sains yang terpilih. Data kajian ini terdiri dari 24 makalah bahasa Melayu yang diterbitkan dalam jurnal Sains Malaysiana pada tahun 2012. Makalah wacana sains yang terpilih berasal daripada tiga disiplin sains, misalnya, biologi (10 makalah), kimia (8 makalah) dan fizik (6 makalah). Makalah dianalisis berdasarkan program Wordsmith Tools 5 untuk mengenal pasti bentuk dan kekerapan kohesi dalam ayat. Kajian ini mengaplikasi model kohesi yang dicadangkan oleh Halliday dan Hasan (1976). Menurut model ini, terdapat lima jenis kohesi yang utama: rujukan, penggantian, ellipsis, penghubung dan pautan leksikal. Secara khusus, kajian ini hanya tertumpu pada rujukan, penghubung dan leksikal. Kajian ini mendapati bahawa perulangan leksikal adalah yang paling kerap digunakan dalam teks kajian, diikuti oleh rujukan dan penghubung. Sebagai penulisan akademik, makalah sains mempunyai karakter objektif, logik dan jelas. Hasil kajian ini akan menyumbang terhadap pemahaman yang lebih baik tentang jenis dan strategi kohesi dalam teks saintifik bahasa Melayu.
Kata kunci: kohesi, wacana akademik sains, WordSmith Tools 5, teks saintifik
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
